? ??????????????Spring Is Here!? ????? ?? ???Rating: 3.7 (7 Ratings)??10 Grabs Today. 4599 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Pop Your Bubble? ????? ?? ???Rating: 4.0 (3 Ratings)??9 Grabs Today. 2691 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 2, 2009

BENTUK-BENTUK KONFLIK

BENTUK-BENTUK KONFLIK

SEMBANG REMAJA

REMAJA
Dari aspek psikososil, menurut Ahli Psikologi zaman remaja merupakan tahap krisis identity lawan kekeliruan peranan. Prose pembentukan identity merupakan perkembangan psikososisl yang paling terpenting dan berlaku sewaktu individu dalam tahap remaja. Jika remaja gagal mencapai atau mencari idintitinya maka melambatakn proses mencapai kedewasaan daripada aspek psikologikal. Kesannya remaja mungkin akan menunjukkan tinhkahlaku kebudak-budakan, terburu-buru hasil daripada kekeliruan idintiti yang wujud dalam diri mereka. Lantaran itu remaja madah terpengaruh dengan persekitaran dan objek yang dipertontonkan kerena mereka dalam proses mencari idintiti.

KONFLIK REMAJA
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berlaku dalam diri remaja sekiranya sesuatu keinginan yang ada dalam diri remaja itu tidak selari dengan nilai-nilai yang dipegang oleh remaja tersebut. Contohnya, seorang remaja perempuan yang selama ini dilarang bergaul bebas dengan leleki oleh ibu bapanya akan merasa serba salah jika ada teman yang ingin mengajaknya keluar.

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Sejak akhir-akhirini, kita banyak didedahkan dengan isu-isu sosial remaja seperti lahirnya ramai anak luar nikah, mat rempit dengan 'Taisong', peningkatan jangkitan HIV/Aids dikalangan wanita, masalah penagihan dadah dan macam-macam lagi. Semuanya diberitakan semakin meningkat, dan yang paling menyedihkan ia melibat anak remaja yang berpotensi mewarisi jenerasi mendatang. Dari segi ras pula ia mendedahkan anak remaja melayu yang paling ramai terlibat.Bayangkan anak remaja Melayu yang terlibat dalam aktiviti “mat rempit” sahaja sebanyak 200,000 orang. Mungkin kerana bangsa Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia, sebab itu mereak selalu dikelaskan sebagai juara.


PUNCA MASALAH SOSIAL

KONFLIK DALAM KELUARGA

  • Latar belakang keluarga.
  • Kemiskinan.
  • Cara didikan/asuhan keluarga atau ibu bapa.
  • Hubungan kekeluargaan.


Cara asuhan dan didikan ibu bapa akan membentuk perilaku anak-anak Melentur buloh biar dari rebongnya. Institusi keluarga itu perlu diperbetulkan. Biasanya macam mana sikap-sikap ibu bapa macam itu juga sikap anak-anak. Menurut kajian psikologi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau objek ikutan, mereka akan meniru apa yang dilihatnya. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.

Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa

CARA MENGATASI

Peranan Keluarga
* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

0 comments: