? ??????????????Spring Is Here!? ????? ?? ???Rating: 3.7 (7 Ratings)??10 Grabs Today. 4599 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Pop Your Bubble? ????? ?? ???Rating: 4.0 (3 Ratings)??9 Grabs Today. 2691 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 2, 2009

Definisi Dan Cabaran Remaja

Remaja dan Konflik







Definisi Remaja

Kata “remaja” berasal dari bahasa latin iaitu adolescere yang bererti to grow atau to grow maturity (Golinko, 1984 dalam Rice, 1990). Banyak tokoh yang memberikan definisi tentang remaja, seperti DeBrun (dalam Rice, 1990) mendefinisikan remaja sebagai periode pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa. Papalia dan Olds (2001) tidak memberikan pengertian remaja (adolescent) secara eksplisit melainkan secara implisit melalui pengertian masa remaja (adolescence). Ringkasnya, Remaja adalah golongan yang berada dalam jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianngap begitu panjang. Takrifan lain bagi remaja adalah ia dianngap zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek, iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja.





CABARAN-CABARAN REMAJA

Zaman remaja terjadi proses perkembangan meliputi perubahan-perubahan yang berhubungan dengan perkembangan psikoseksual, dan juga terjadi perubahan dalam hubungan dengan orangtua dan cita-cita mereka, dimana pembentukan cita-cita merupakan proses pembentukan orientasi masa depan. Ini memperlihatkan cabaran-cabaran yang akan diharungi oleh golongan remaja. Antara cabaran-cabaran yang dikatakan mencabari remaja termasuklah seperti yang berikut:

1.Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap
2.kesihatan mental.
3.Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
4.Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
5.Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
6.Merasa diri dilayan secara tidak adil
7.Kesunyian
8.Sukar memahami emosi
9.Susah membuat keputusan

BENTUK-BENTUK KONFLIK

BENTUK-BENTUK KONFLIK

SEMBANG REMAJA

REMAJA
Dari aspek psikososil, menurut Ahli Psikologi zaman remaja merupakan tahap krisis identity lawan kekeliruan peranan. Prose pembentukan identity merupakan perkembangan psikososisl yang paling terpenting dan berlaku sewaktu individu dalam tahap remaja. Jika remaja gagal mencapai atau mencari idintitinya maka melambatakn proses mencapai kedewasaan daripada aspek psikologikal. Kesannya remaja mungkin akan menunjukkan tinhkahlaku kebudak-budakan, terburu-buru hasil daripada kekeliruan idintiti yang wujud dalam diri mereka. Lantaran itu remaja madah terpengaruh dengan persekitaran dan objek yang dipertontonkan kerena mereka dalam proses mencari idintiti.

KONFLIK REMAJA
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berlaku dalam diri remaja sekiranya sesuatu keinginan yang ada dalam diri remaja itu tidak selari dengan nilai-nilai yang dipegang oleh remaja tersebut. Contohnya, seorang remaja perempuan yang selama ini dilarang bergaul bebas dengan leleki oleh ibu bapanya akan merasa serba salah jika ada teman yang ingin mengajaknya keluar.

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Sejak akhir-akhirini, kita banyak didedahkan dengan isu-isu sosial remaja seperti lahirnya ramai anak luar nikah, mat rempit dengan 'Taisong', peningkatan jangkitan HIV/Aids dikalangan wanita, masalah penagihan dadah dan macam-macam lagi. Semuanya diberitakan semakin meningkat, dan yang paling menyedihkan ia melibat anak remaja yang berpotensi mewarisi jenerasi mendatang. Dari segi ras pula ia mendedahkan anak remaja melayu yang paling ramai terlibat.Bayangkan anak remaja Melayu yang terlibat dalam aktiviti “mat rempit” sahaja sebanyak 200,000 orang. Mungkin kerana bangsa Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia, sebab itu mereak selalu dikelaskan sebagai juara.


PUNCA MASALAH SOSIAL

KONFLIK DALAM KELUARGA

  • Latar belakang keluarga.
  • Kemiskinan.
  • Cara didikan/asuhan keluarga atau ibu bapa.
  • Hubungan kekeluargaan.


Cara asuhan dan didikan ibu bapa akan membentuk perilaku anak-anak Melentur buloh biar dari rebongnya. Institusi keluarga itu perlu diperbetulkan. Biasanya macam mana sikap-sikap ibu bapa macam itu juga sikap anak-anak. Menurut kajian psikologi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau objek ikutan, mereka akan meniru apa yang dilihatnya. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.

Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa

CARA MENGATASI

Peranan Keluarga
* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

Pendidikan VS konflik


Perkembangan mutakhir telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara ini berhubung dengan disiplin para remaja. Pelbagai pihak telah mengeluarkan hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para remaja, terutamanya yang berada di bangku sekolah.



Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini? Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?



Keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya para pelajar dengan kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini cukup memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan remaja kita.



Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Kita juga tentu bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah ‘madu diberi, tuba yang dibalas.’



Segala persoalan berkenaan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, semua patut insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal atau tidak formal.



Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua – meliputi individu, ibu bapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.



Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri dengan mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat serta memilih pengalaman hidup yang positif bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang tepat dan dapat diterima oleh agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang universal. Tegasnya, pendidikan adalah tanggungjawab setiap individu tanpa kompromi.



Dari sudut penakrifannya, pendidikan adalah “suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan.” Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai “satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.” Dr. Abdul Halim el-Muhammady pula menyatakan bahawa ‘pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan al-Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan muktabar dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang soleh.’



Sementara Imam al-Ghazali pula mengatakan “pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik.” Secara umumnya, daripada pandangan-pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ianya proses yang mengambil masa yang panjang.



Walau apapun definisi yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Secara formalnya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih bagi menyalurkan ilmu dan maklumat.



Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Remaja sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh seperti merokok, cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.



Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibu bapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam rumah tangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak jika ibu bapa setiap hari menghantara anak ke kelas fardu ain tetapi si anak mengetahui ibu bapanya tidak pernah sembahyang atau cuma ke masjid seminggu sekali.



Pendeknya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut bimbang masa hadapan para remaja kini lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

Wednesday, September 30, 2009

konflik Remaja Antara Rakan Sebaya



Konflik Remaja Antara Rakan Sebaya.

Faktor-faktor yang menyababkan konflik antara rakan sebaya.

1. Salah faham

  • komunikasi yang tidak cukupi
  • persepsi dalam sendiri yang menganggarkan rakannya segaja menyusahkan dia. separti 'Rakan sengaja menimbulkan perkara yang saya tidak sukai' dan 'Rakan sengaja merosak kepentingan saya.'
2. Terdapat perbezaan

  • perbazaan budaya, bahasa atau agama.
  • ketidak fahaman terhadap budaya dan agama lain.
  • Stereotiap barlaku, seperti Rakyat Singapura dinilaikan "GIA SHU GIA XI" yang bermaksud takut galah, takut mati.
  • Perbazaan pandangan dan kepentingan masing-masing.
  • Latarbelakang dan budaya yang berbaza menyebabkan sesuatu bergurau itu disalah faham dan dipandang serius.
3. Meletakan harapan yang terlampau keatas rakan.

  • Seperti 'Rakan tidak memahami saya'
  • 'Dia sepatutnya menolong saya'
  • Harapan yang terlalu lampau dan tidak logik menyababkan seseorang itu benci kepada rakannya, jika rakan tersebut tidak melakukan apa yang diharapkannta.
4. Cemburu

  • Cemburu terhadap rakan yang lebih pandai daripadanya, lebih gaya, atau yang lebih disukai oleh orang ramai.
  • Menghasilkan perasaan benci dan ingin mengalahkannya.
  • Pada asalnya perasaan yang negetif ini berasakan daripada perasaan rendah diri.
Cadangan Penyelesaian.

1. Menambah baik tenik berkomunikasi.

  • membelajari tenik bercakap, menengar dan mengawal emosi sandiri.
  • Jika terdapat persoalan 'Kenapa dia buat begitu?' tanya segera!
  • Mempercayai bahawa rakan kita ada kesusahan yang kita tidak diketahui.
2. Mempelajari dan memahami budaya dan agama lain.

  • Meluaskan jaringan sosial sendiri.
  • Lebih banyak menyetarkan majlis sosial pelbagai bangsa.
  • Lebih banyak melancong, terutamanya ke luar Negara.
3. Bertolak-ansur sesama kawan.

  • Menghormati pandangan orang lain.
  • Menyakinkan terdapat pandangan yang lain akan menambah baik kepada penyelasaian.
  • Sentiasa menganggarkan pandangan atau nasihat daripada kawan adalah ikhlas.
4. Memahami kawan kita bukan sebuah cermin.

  • Jangan harap kawan melakukan apa yang kita melaku.
  • Menghormatikan peripadi dan tingalaku kawan.
  • Memahami 'Pemberian' kepada kawan mestilah ikhlas dan bukan untuk mengharapkan pulangan.
5. Mempelajari memuji dan mengkagum orang lain.

  • Tidak menganggarkan 'Kejayaan orang lain akan menghalangkan kita berjaya.'
  • Menambahkan keyakinan diri
  • Memahami kelebihan diri dan menguatkannya.